- bila berjanji dengan budak-budak... -

Mar 31, 2011

dalam perjalanan pulang dari CH tempoh hari, eril, erol, & erin menzahirkan keseronokan mereka berholiday. kalau boleh mereka mahukan aku, bawak mereka bercuti lagi, ke tempat lain pulak.

aku katakan boleh. tapi perlu mematuhi terma & syarat yg ditetapkan. aku letakkan sasaran sekurang-kurangnya 3A pada mereka dalam periksa. kalau dapat boleh pergi, kalau tak 'melangut'lah habiskan cuti sekolah di rumah saja. ataupun kalau tak pergi bercuti, aku akan gantikan dengan hadiah.


mereka mengeluh...tapi dalam diam mungkin memasang azam dalam hati. ini bukan rasuah, tapi kaedah motivasi yg baru. kalau dulu, rotan atau tali pinggang sebagai motivasi.


petang semalam, mereka mendapatkan aku sebaik pulang dari kerja, belum sempat aku tanggalkan kasut. mereka berebut-rebut nak tunjukkan report card.


eril dapat 7A.


erin dengan bangganya & sambil tersengih menunjukkan 5A.


manakala erol turut melepasi tahap kelayakan dengan 3A.


semasa makan malam, mereka pun 'menuntut' janji aku. "papa nak bagi hadiah apa?" tanya eril. "erol nak psp, boleh ke?" tuntut erol. "cuti nanti nak pergi hotel mana?" soal erin pula.


alamak! sampai habis makan, aku masih tak berikan sebarang jawapan.


padan muka aku...

2 refleksi:

rahimin said...

jgn buat hal, budak2 mmg selalu ingat janji kita, cuma kita aje yg buat2 lupa!

tg shaaban said...

adehhh...