~ nilai sebuah buku ~

Mar 3, 2011

kita selalu cakap pasal harga buku.
ada sesetengah orang sangat berkira pasal harga buku. kalau mahal, mereka tak beli.
ada sesetengah yg lain akan tetap beli buku, walaupun harganya mahal.
harga buku juga banyak bergantung pada faktor lain spt penulisnya, bidang penulisan atau tebal nipisnya.
ada orang yg memperlekeh atau mengkritik buku yg dihasilkan. ada setengah pula memberi pujian. ada buku yg 'baik' ada yg sekadar picisan & tidak berharga langsung.
bagaimana pulak akan 'nilai' sebuah buku?

nilai sesebuah buku, berbeza-beza mengikut siapa yg menilainya. sama ada pembeli, pembaca, editor, penerbit, pengulas buku, dan penjual.
bagaimana pula dengan nilai buku, dari sudut pandang penulisnya?

pagi tadi, aku menerima panggilan dpd seorang penulis.
dia menghantar manuskripnya utk terbitan, beberapa bulan dulu.
mengikut prosedur, setiap manuskrip perlu melalui proses penilaian.
semasa menerima panggilannya, kebetulan aku baru saja menerima laporan penilai pakar beberapa hari lalu. dan laporannya, positif.
maknanya, manuskrip yg dihantar itu, didapati seseuai untuk diterbitkan.

spt biasa kami bertanya khabar & berbual ringkas.
sebaik aku menyampaikan berita gembira itu, suara penulis di hujung telefon tiba-tiba bertukar menjadi sebak. beberapa kali dia mengucapkan syukur & terima kasih kepadaku.
katanya, ini adalah hasil penulisannya yg pertama diterima untuk penerbitan.
perkara ini sangat bermakna padanya. segala jerit perih, pengorbanan masa & tenaga fikir menghasilkan tulisan akhirnya membuahkan hasil.
walaupun baru di peringkat awal & bukunya belum pun diterbitkan dalam erti kata sebenar, ianya merupakan berita yg ditunggu-tunggu & sangat dihargainya.

aku kira, itulah 'nilai' sebuah buku bagi seorang penulis.
sangat besar erti & nilainya.

0 refleksi: