- result spm dah keluar! -

Mar 23, 2011

hari ni result spm diumumkan. aku tahu ramai yg berdebar-debar. ada yg konfiden, ada yg gabra. bukan saja yg tunggu result sejak 3 bulan dulu, tetapi jugak mak bapak dan cikgu-cikgu. ada yg tak tidur malam tadi. ada yg dah plan nak masuk U mana satu. ada yg tak kesah langsung, dah boleh agak result yg hancur. tak kurang jugak yg dah gatal sangat dah, dapat result je nak suruh keluarga pakwe masuk meminang...

sekali gus menghimbau kembali kenangan masa aku nak ambik result spm dulu. aku bukanlah daripada kalangan bebudak pandai yg cikgu sandarkan harapan untuk mengharumkan nama sekolah. aku jugak bulanlah daripada kalangan bebudak bangang yg dah gerenti bungkus & boleh mencemarkan rekod keputusan sekolah. aku duduk tengah-tengah. bukan golongan bijak pandai mahupun golongan bodoh tak boleh diajar.

keputusan trial aku, setakat cukup makan aje. itu pun lebih baik daripada ujian pertengahan tahun. bahkan keputusan terbaik yg pernah aku capai sejak dari form 4. guru kelas aku, cikgu kalthum - nama yg memang klasik - tulis dalam report card aku, yg kemudiannya aku sign sendiri, mencatatkan "graf pencapaian makin meningkat, masih ada masa untuk teruskan usaha anda...". kalau ikut graf, memang makin menaik. daripada 3 subjek yg dapat D kepada 3 C. daripada gred 3 kepada gred 2 yg hujung-hujung (sori geng, dulu punya result masih pakai gred...he he). tapi sepanjang seminggu sebelum exam sebenar, aku pulun study habis-habisan. bak kata orang, last minute study. untung sabut timbul....

pagi itu, sebelum pergi menoreh, arwah mak pesan supaya bangun awal daripada biasa. maklumlah dah dekat 3 bulan bangun subuh gajah, matahari dah terpacak. duit belanja, ada atas meja dekat tv, pesan arwah mak, lagi. nasi goreng ada bawah tudung saji. kopi kena buat sendirilah, sebab kalau bancuh awal, tak sedap dah sejuk.

pesan itu tinggal pesan. nasib baik kawan sekampungku, diman, datang rumah. kejutkan & ajak aku ke sekolah, ambik result. Diman nampak teruja. katanya, dia dah beli borang UPU. nanti boleh isi sama-sama. konfiden habis si diman tu.

sesampai di sekolah, dah ramai orang. selalunya result ambik kat ofis. tapi kali ni kat bilik guru. aku mula cuak bila tengok ada yg menangis. terutama bebudak perempuan. yg lelaki lebih relaks, tapi mata merah tetap tak dapat disembunyikan. ada yg berpeluk & melonjak kegirangan. memang aku kenal muka-muka pelajar terbaek. ada yg melangkah longlai dengan slip result yg dah keronyok. ada cikgu yg tersenyum bangga, bersalam dengan pelajarnya. ada yang muka merah dan sembab, mungkin sebab ramai pelajar dalam kelasnya, kantoi.

aku dengan diman beratur sama. aku tak letak harapan yg tinggi sebagaimana diman. tapi dalam hati, manalah tahu, kalau wolves boleh kalahkan man utd atau getafe boleh kalahkan barcelona, mungkin jugak aku boleh buat keputusan upset, tak tercapai akal. dalam fikiran yg serba berkecamuk, giliran kami sampai.

diman dapat gred 2. dia nampak kecewa. bergenang air matanya. aku pegang bahunya, menenangkan. alamak! kalau diman pun dapat gred 2 je, aku apa lagilah.
kemudian giliran aku pulak.

"tahniah..." kata cikgu berahim sambil menghulurkan slip result dengan senyuman macam orang nak mengorat awek.
aku tak terkata apa. aku tengok result. sekali, dua kali, tiga kali. sambil menggosok-gosok mata yg tak gatal. tak percaya langsung. longgar lutut aku.
hinggalah diman memeluk aku. menarik-narik rambut ku. dia jugak tak percaya. tapi memang benar dan nyata.
aku dapat gred 1 dengan 3A serta agregat yg sangat baik. huh...luar biasa, luar jangkaan (dulu kira terer lah, bukan mcm sekarang 10A berlambak...)

selepas bersalam-salam, bertanya khabar & bertukar-tukar result dengan kengkawan sekolah yg lain, aku & diman mengayuh basilkal pulang. aku ajak diman singgah dulu kedai mamak. aku belanja diman, rojak mee & teh ais.
diman bagitau mamak kedai & orang yg makan meja sebelah tu, yg aku dapat gred satu, bakal masuk U. diorang ucap tahniah. aku cuma mampu tersengih...

sebaik sampai ke rumah. arwah mak dah tunggu kat muka pintu. dah siap mandi dan tukar uniform menorehnya. aku tahu dia tetap meletakkan harapan yg tinggi, walaupun dia tahu, anaknya yang seorang ini taklah sepandai atau serajin mana. itulah dia sifat seorang ibu tetap mendoakan yg terbaik untuk anaknya.

"cam mano keputusan eh?" tanyanya pendek, loghat negorinya pekat. tapi dengan wajah penuh harapan yg tak terbendung.
aku serahkan slip padanya. tak berkata sepatah pun. buat saspen je. macam drama tv.
sebaik tengok result aku, arwah mak memelukku. aku dapat rasakan dakapan yg kuat dan erat.
aku dapat rasakan arwah mak menangis. sebak.
yg tak dijangka, tapi di dalam jangkauan.

hujung minggu itu, arwah abah jemput semua orang kampung. kami adakan kenduri kesyukuran.
hari result spm keluar ini - setiap detik kronologinya - akan ku kenang sampai bila-bila.

3 refleksi:

rahimin said...

eleh...nk citer dpt 1st grade la tu...ha ha (gurau bro...)

tg shaaban said...

ha ha...aku tahu le nko ada PhD

editor kampung said...

seronok baca entri ni...mula-mula kelakar lepas tu syahdu jugak