"mau potong ke, encik?"

Nov 1, 2009

"assalamualaikum . . .mau rumput kasi potong?" tanya seorg mat bangla pdku. dgn mengayuh basikal dgn kelengkapan mesin rumput dia mengelilingi kawasan perumahanku. 'menawarkan' khidmat potong rumput.
biasanya aku menolak. bukan sbb tknak gunakan khidmatnya ttp sbb rumahku tkda rumput utk dipotong!

bukan sekali dua, sudah beberapa kali. malah itu merupakan rutin harian mat bangla itu. bukan dia seorg, ttp beberapa org mat bangla lain akan 'mengunjungi' rumah yg 'membela' rumput panjang. kadangkala dah naik lalang. sesetengahnya memang malas nak mengemas laman rumah. alasan mrk mcm biasa "sibuk bekerja" hingga tkda masa nak membersihkan laman rumah yg semak samun. aku tkda masalah langsung walaupun sibuk bekerja jgk. langkah mudah, aku simenkan laman rumahku. hanya ada sedikit ruang berumput di blkg rumah, itupun aku dah gantikan dgn menanam rumput 'karpet' yg mudah diselenggara sendiri.

mat bangla ini sebenranya pekerja dgn syarikat landskap atau syarikat penyelenggara taman perumahan aku. itulah sbbnya mrk mempunyai kelengkapan mesin rumput. mrk mengunakan (menyalahgunakan?) kelengkapan itu utk menjalankan kerja sampingan bagi menambahkan pendapatan di luar waktu bekerja. aku katakan begitu krn bisanya mrk akan mengelilingi kaw. perumahan utk khidmat potong rumput pd waktu ptg sekitar jam 6. pd waktu itu mrk sudah tamat waktu kerja seharian.

olh sbb mrk tahu ramai yg tkda masa (a.k.a malas) nk mengemas laman rumah walaupun luasnya sekangkang kera, makanya mat bangla itu dpt menambah sumber rezeki. masalahnya sekali diupah, bermakna berkali-kalilah mrk akan dtg bertanya walaupun kadangkala hanya berselang seminggu, dgn rumput masih belum sempat panjang.

ada baiknya khidmat yg diberi olh mat bangla itu, tk perlulah bersusah payah membersihkan rumput liar di laman rumah. hulur duit upah, semuanya beres. dari segi lain, menybbkan pemilik/penyewa rumah menjadi semakin malas mengemas rumah sendiri . . .

2 refleksi:

editor kampung said...

mat bangla pun mcm mat indon jgk. pandai cari rezki di negara org. ap yg pasti sekarang ni di stesen minyak sudah ramai pekerja bangla semula. sdgkan dulu stesen minyak perkenalkan servis layan diri. tak tahu kenapa?

suriahoney said...

teringat iklan tv kelakar,
"abang dah potong ke?"
"of course ...!"