- bbq -

Mar 22, 2011

hujung tahun lepas, bila aku jengok peti surat (tembok surat?) depan rumah, ada sekeping nota. bertaip komputer. biasanya, di kawasan perumahan aku kalau ada hebahan yg nak disampaikan oleh persatuan penduduk, mereka akan letakkannya dalam peti surat. dulu-dulu mereka selit bawah pintu. entah masa bila diorang menyusup entah. mungkin tengah malam, gamaknya. tapi, bila mesyuarat persatuan ada yg menegur kerana kenapa tak dihantar terus kepada tuan rumah, dah sampai ke pintu, ketuk atau beri salam sajalah. kenapa pulak nak selit bawah pintu... betul jugak.

mereka tak mahu ganggu tuan rumah kot. ataupun ajk persatuan ni semuanya pemalu belaka. tapi, aku ni jenis tak kesah. apa juga cara yg dibuat, asalkan sampai makluman & maklumatnya. selit bawah pintu ke, surat layang ke (pernah jugak dulu masa sebelum pemilihan ajk...politik he he), sms ke. tapi ada yg jenis nak ikut protokol jugak. hantar cara rasmi, konon. padahal diri mereka sendiri tak berapa rajin nak datang mesyuarat atau aktiviti persatuan pun tak nampak muka. biasalah, yg cakap banyak ni, cakap tak serupa bikin. jenis yg senyap atau low profile jugak yg rajin buat kerja.

berbalik pada cerita nota dalam peti surat tadi. jemputan untuk hadir jamuan bbq. makan-makan. mengerat silaturahim (alasan standard paling kukuh...). tapi yg musykilnya, diadakan pada 31 disember, bersamaan malam tahun baru. tak pelah, nanti aku fikirkan, nak join ke tidak. bayaran untuk satu rumah rm30.

beberapa hari sebelum 'majlis bbq' yg bakal diadakan di padang permainan berprestij tu, Az selaku bendahari persatuan menghantar sms pada ku.

"x nk join bbq ke?"

menyedari yg aku belum 'mengesahkan' kehadiran atau membayar 'yuran penyertaan' lagi, aku pun membalas sms itu

"bbq ni apa tujuan. haram sambut new year tau..." aku balas sms. tujuanku sekadar berseloroh.

mungkin menyangkakan yg aku serius, Az (yg jugak merangkap setiausaha surau) tidak membalas sms tersebut.

hanya selepas beberapa hari kemudian. satu lagi nota aku temui dalam peti surat. memaklumkan bahawa majlis bbq itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan (alasan standard kat mana-mana pun). akan dimaklumkan tarikh baru kemudian.

tidak lah aku pastikan pulak sebab sebenarnya. adakah sms yg aku hantar itu jugak diambil kira, entahlah.

petang semalam, aku dapat satu lagi nota. selepas lebih 3 bulan majlis bbq itu ditunda. ya, majlis bbq akan diadakan pada hujung bulan ini. tujuannya tak lain untuk 'mengeratkan silaturahim'. cara paling mudah ialah dgn acara makan-makan.

aku pun tak tahu kenapa tarikh kali ini dipilih. yg pastinya, ia bukan bertembung dengan tahun baru, meraikan 54 tahun merdeka, meraikan pilihan raya sarawak, merayakan kemenangan man utd ataupun munculnya video panas DSAI.
nota: aku tengok statistik tadi. rupa-rupanya ini entri aku yg ke 1,000

3 refleksi:

rahimin said...

org m'sia ni, jumpa jae makan, ada aktiviti je makan, majlis je makan....

bangsawan nilai said...

mmg kalau xde mkn, org tk dtg kot...

editor kampung said...

yg kelakarnya part 'haram' celebrate new year...