cerita seorang badut

Jun 5, 2009


badut atau clown sentiasa dilihat ceria. terutama bila melayani kanak2. hatinya? siapa yg tau...suka duka disembunyikan di sebalik mekap tebal & pakaian kelakar yg dipakai. kalau ke Genting, pasti akan ketemu dgn ramai badut. sama ada di stesen kereta kabel atau di theme park. melyn ragam kanak2, buat kelakar spy org ketawa, buat belon dgn mcm2 bentuk utk diberi percuma kpd kanak2 -pedang, senapang, kucing bunga dll. itulah tugas badut. zahirnya nmpk sentiasa ceria. dlm jiwa mrk, tanggungla sdr. badut jgk adalah manusia. ada hati & perasaan. perlu kerja utk duit, makan & tmpt tinggal.
mengapa tiba2 TS bercerita psl badut? bukankah itu sbhg kerja mrk - buat org lain gembira...
semasa menunggu anak2 berbaris ikut giliran nk naik permainan pirate train (hanya boleh naik 2 org 1 gerabak) TS duduk di satu kerusi panjang. ternampk seorg badut sdg betulkan pump utk isi angin belon. lalu TS mendekatinya. jadi kami pun berkenalan. katanya, sdh 1 thn kerja di situ. namanya h****. gajinya tk sebnyk mana. tk spt pekerja lain, mrk dibayar agak murah. pd hari biasa (yg tk ramai pengunjung) mrk diberi off day. ada jgk badut yg dibayar bukan dgn gaji bulanan sebaliknya mengikut jam bekerja. sang badut ini berasal dr jengka. tk berkelulusan tinggi. sekadar mencari kerja halal. masih muda lagi. susah nk dpt kerja skrg ni, katanya lg. apa aje kerja yg boleh dpt duit...sapu je. dpd riak wajahnya agak suram & menyimpan 1,000 mcm perasaan yg tersembunyi.
perbualan kami terhenti, bila2 anak2 TS berlari ke arah kami sambil bersorak riang slps keluar dr gua pirate. wajah si badut kembali ceria, melayani anak2 TS yg bercerita psl 'pengalaman ngeri' mrk tadi. lps tu TS minta si badut bergambar dgn anak2 TS. slps kami mengucpkn t. kasih, si badut berlalu pergi sambil melambai2 tgnnya.

3 refleksi:

editor kampung said...

teringat filem hindustan "the joker" lakonan raj kapoor...
memang badut sentiasa ceria, itu tugas mrk. hati mrk mcm manusia lain jgk.

suriahoney said...

hensem gak, clown dlm gambar tu. TS ada phone no. dia tak?...he he

bangsawan nilai said...

honey,
memang semua clown kat situ, hensem belaka...dan phone no. diorg pun semua sama selain dpd hidung yg sama!...hu hu