Tarikh dan angka

Jan 27, 2010

subjek sejarah mungkin banyak mempengaruhi kemampuan aku mengingat tarikh, angka dan nama. mana tidaknya, itu merupakan sebahagian daripada keperluan untuk menguasai subjek berkenaan.

namun, kemampuan mengingat nama terutama kawan lama, tampaknya semakin menipis. tetapi aku percaya masih menguasai kebolehan mengingat tarikh & angka. beritahu saja nama staf di tempat aku bekerja, aku akan dapat ingat nombor plat kereta mereka. tanyakan saja tarikh lahir anak-anak aku, pasti ada dalam kepala. malah nombor surat beranak mereka pun aku hafal. tanyakan nombor telefon sedara mara atau orang yang kerap aku hubungi, sebahagian besarnya dapat aku berikan.

tapi sejak dua menjak, aku menghadapi kesukaran mengingat tarikh & angka.

aku tak ingat tarikh mesyuarat bulanan sudah diubah ke tarikh hari ini.
malam tadi sewaktu ke klinik untuk rawatan erol yang sakit tekak. oleh sebab namanya didaftar di bawah rekod wifey, lalu aku berikan akhiran nombor kp wifey yang salah kepada staf klinik. aku berikan nombor 5998, menyebabkan staf tersebut tak dapat cari fail rekodnya.
kembali ke rumah aku segera curi tengok nombor kp wifey dalam beg tangannya. ternyata ada kesilapan.

baru aku teringat, nombor 5998 itu adalah nombor sambungan (extension) telefon aku di ofis!
mungkinkah aku kena belajar subjek sejarah semula...
atau menerima hakikat yang usia sudah.....

1 refleksi:

Anonymous said...

wa ka ka...cemana boleh tersasul no. extension plak....hu hu