resensi . . . 22

Mar 10, 2010




judul: Strategi Pembelajaran Bahasa

pengarang: kamarul shukri mat teh & mohamed amin embi

halaman: 192

terbitan: 2010, penerbit universiti malaya


buku ini menghuraikan bidang strategi pembelajaran bahasa (spb) secara komprehensif dan ekstensif. pelbagai aspek dikupas dalam menjelaskan nilai kebergunaannya. ini disokong pula dengan hasil kajian yg bersifat empirikal. tumpuan utama diberikan kepada topik-topik mengenai pendefinisian, ciri-ciri dan teori. perlakuan pembelajaran pelajar semerlang bahasa yang menjadi titik tolak bidang penyelidikan spb turut disentuh. ini diikuti oleh perincian tentang bentuk-bentuk taksonomi, hubungan antara spb dengan pencapaian bahasa dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan serta penggunaannya. buku ini turut membincangkan tentang pengajian strategi pembelajaran bahasa dengan mengemukakan beberapa model dan program yang pernah dihasilkan.

buku ini sesuai dan berguna kepada pelbagai golongan. antaranya, pelajar institusi pengajian tinggi, guru bahasa, pengkaji bahasa, pegawai atau pentadbir pendidikan, pencinta bahasa dan semua golongan pembaca yang berhasrat untuk menjadikan pembelajaran bahasa lebih efektif lagi menarik. tambahan pula, ini merupakan antara buku terawal yang membincangkan bidang berkaitan di malaysia khususnya dalam bahasa melayu. garapan antara teori, penyelidikan dan aplikasi menjadikan buku ini mempunyai keunikan tersendiri yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan pembaca.


0 refleksi: