Pengawas

Mar 9, 2010

aku silap. dalam entri sebelum ini, aku katakan aku tak pernah dipilih atau dilantik sebagai pengawas. sebenarnya ada. sekarang ni pun aku bertugas sebagai 'pengawas'.

ya, tugas "pengawasan" kompeni diletakkan atas bahuku setiap kali boss bercuti atau menjalankan tugas luar.

mungkin ada yg meremehkan pengawas sekolah sebagai 'balaci' cikgu. mungkin sekarang bila aku jadi 'pengawas', aku juga dilihat sebagai balaci boss? hmmm...

tapi mengawas orang dewasa taklah sama dengan mengawas budak sekolah. orang dewasa lebih banyak kerenahnya. kononnya, mereka lebih pandai bawak diri. bila boleh bawak diri, lebih jauh perjalanan mereka. lebih banyak helah mereka. lebih banyak alasan mereka.

lain kali, aku nak bagitau boss suruh staf lain jadi pengawas. aku nak cadangkan dibuat sistem giliran. supaya yg lain jugak boleh dapat 'pengalaman' jadi pengawas. terutama yg tak pernah jadi pengawas di sekolah dulu, macam aku...he he

4 refleksi:

rahimin said...

ha ha ha, 'merasa' jgk engko jadik pengawas.

itula, dulu dok kutuk pengawas

tdevaraj said...

kau tak pi check rambut siapa panjang, kuku siapa panjang..tak buat spot check ka?

tak de yang nak buat protes jadi botak?

tg shaaban said...

TD,
aku nak buat peraturan baru
- tk boleh guna facebook -
gerenti kereta aku kena pancit!

tdevaraj said...

TS..siapakah agaknya yang akan pancitkan kereta you? tak pe, u boleh pinjam kereta awex you

2. kalau tak pancit, mesti ada lakaran indah pada badan kereta