rancangan asalnya hanyalah nak ke zoo melaka, bersiar-siar di bandar hilir kemudian balik pada hari yg sama. semuanya gara-gara cuti aku yg dibekukan. perancangan asal tertangguh. dan padahnya perancangan ad hoc terpaksa dibuat demi mengejar cuti sekolah yg dah nak sampai penghujungnya.
tetapi sebaik membelok ke arah bandar melaka selepas plaza tol ayer keroh, aku tukar fikiran & perancangan berputar 360 darjah. aku tuju ke sebuah hotel di sekitar ayer keroh. selepas bersoal jawab dengan staf di kaunter berkaitan harga bilik & kemudahan lain, aku pun buat tempahan bilik. entah apa yg aku fikirkan masa itu. sedangkan kami berlima hanyalah sehelai sepinggang.
kemudian seperti tujuan asal, kami ke zoo melaka. eril, erol & erin sedikit terpinga-pinga mengapa aku tiba-tiba berubah fikiran & beritahu yg kami akan pulang hanya pada hari esok. berkunjung ke zoo bukanlah sebab aku atau wifey ni pencinta haiwan. lagi pula ini kali kedua kami sekeluarga ke mari. anak-anak aku terutama erin amat sukakan haiwan. mereka sungguh seronok & teruja berada di zoo. walaupun agak penat & cuaca panas tetapi sesekali melihat dunia haiwan dalam habitatnya sangat menarik. eril & erol sempat menunggang kuda. kami juga menyaksikan persembahan gajah terlatih yg membuat pertunjukan termasuk kemahiran bermain bola. zoo melaka yg luas itu terjaga dengan rapi, teratur & percaya atau tidak...bersih. pengunjungnya bebas sekali ke sana kemari. malah ada pasangan yg berdating & keluarga yg berkelah. sebaik membeli cenderahati dalam perjalanan keluar, kami pun menuju ke bandar hilir.
agak sukar mencari ruang letak kereta yg penuh sesak. akhirnya dapat jugak parkir di dataran pahlawan - kompleks beli-belah yg baru, cantik & besar. Selepas bersiar-siar ke segenap ruang kedai di situ kami berhenti makan. seperkara yg menarik perhatian ialah heritage corner yg menempatkan kedai menjual barangan tradisional & kraf. seperti mana gerai tepi jalan dulu yg terdapat di bandar hilir ini yg ditempatkan semula di sini dalam susun atur & bangunan kedai yg lebih eksklusif. harga barangan di sini masih murah & boleh tawar menawar.
oleh sebab tak membawa sebarang pakaian tambahan & barangan lain yg perlu seperti berus & ubat gigi, jadi kami pun beli saja di sini. tentunya pakaian bercap melaka dibeli. bukan saja murah tapi juga dijadikan sebagai cenderamata kenangan.
kami hanya mendaftar masuk ke hotel ketika hampir masuk waktu maghrib. sebelah malamnya, selepas dinner yg disediakan oleh hotel penginapan - jarang sekali hotel menyediakan dinner untuk tetamunya - kami semua tidur awal kerana kepenatan & rancangan untuk menjelajah bandar melaka sekali lagi esoknya.
0 refleksi:
Post a Comment