sepanjang jalan kenangan - pengawas, cikgu disiplin & kepala botak

Mar 8, 2010

aku tak tahu kenapa, pelajar yg tak jadi pengawas sekolah tak sukakan pengawas.
bagi mereka, kerja pengawas hanya nak cari kesalahan mereka. nak tunjuk kuasa. nak bodek cikgu.

tapi bagi pengawas pulak, itu pandangan yg negatif. mereka yg kurang disiplin saja yg pandang serong pada pengawas. kaki ponteng & suka datang lewat jugak merupakan seteru utama pengawas. kalau tak buat salah, buat apa nak kacau.

pengawas di sekolah juga dianggap sebagai kumpulan yg 'berbeza' daripada pelajar biasa. mereka ada 'sikit' kuasa, mereka boleh pakai uniform yg warnanya lain daripada warna putih, mereka juga tak perlu kapur kasut sebab pakai kasut hitam. selain tu, kalau di sekolah aku dulu, ada bilik khas untuk pengawas. pendeknya, pengawas punya 'status' istimewa di sekolah. oleh sebab status mereka lebih tinggi, mereka perlu menjaga disiplin, mengelak kelakuan semberono, capai keputusan periksa yg baik termasuklah aktiviti di luar waktu sekolah.

sepanjang aku di sekolah rendah, hinggalah ke sekolah menengah, aku tak pernah dipilih atau dilantik sebagai pengawas. aku punya pandangan yg neutral pada pengawas. bukan semua. ada segelintir kalangan mereka menganggap diri mereka glamor & hanya berkawan dengan kelompok mereka sahaja. namun, aku jugak ada kalangan rakan baik yg jadik pengawas, takda masalah pun. mereka macam biasa saje, macam pelajar yg lain jugak. tak pula merasakan diri mereka lebih tinggi 'darjatnya'.

tetapi segelintir itulah yg menyebabkan para pengawas dipandang serong & negatif. aku sendiri yg sedikit nakal di zaman sekolah dulu dapat merasakan tempiasnya. bukanlah kesalahan besar sangat tetapi seolah-olah sengaja nak cari salah. contohnya tak pakai stokin, pakai talipinggang buckle besar, rambut panjang sikit cecah kolar baju, pakai uniform baju melayu tapi tak pakai songkok, tak cantum butang baju paling atas (tayang dada konon), tali kasut warna lain selain putih, seluar sekolah sengaja dipotong singkat & potongan sempit (baca: stail rock kapak)...eh banyak jugak senarai kesalahan yg pernah aku buat...hu hu.

pernah sekali tu, aku ditahan pengawas kerana kesalahan rambut panjang. bukanlah panjang sangat tapi cecah sikit bahagian kolar baju. jadi aku & beberapa kawan telah digunting oleh cikgu disiplin. kalau nak gunting, guntinglah elok-elok tetapi kami digunting dengan cara untuk dimalukan. rambut kami dipotong senget, tinggi rendah, & lompong, macam digigit tikus. kemudian kami diketawakan oleh cikgu disiplin & segelintir pengawas termasuk pengawas perempuan. tujuan asal untuk mendisiplinkan pelajar telah bertukar kepada untuk mengaibkan mereka.

takkanlah kami hadir ke sekolah dalam keadaan begitu. jadi aku & 5 orang 'mangsa' lain nekad buat protes. kami membotak licinkan kepala. malangnya, tindakan kami itu mendapat reaksi cikgu disiplin. dia menganggap kami mencabarnya & memprotes peraturan sekolah. pihak jawatankuasa disiplin yg dipengerusikan oleh pengetua telah menjatuhkan hukuman rotan kepada kami melalui usul cikgu disiplin. malah kami turut digelar '6 jahanam' dalamucapan cikgu disiplin semasa perhimpunan.

ramai di kalangan kawan sekolah yg simpati dengan kami. kawan baikku jali, yg jugak seorang pengawas serta beberapa yg lain menjalankan kempen secara senyap. hasilnya, tak kurang daripada 40 orang yg tidak pun menghadapi masalah disiplin seperti rambut panjang, malah ada kalangan mereka yg dikenali sebagai pelajar berdisiplin, yg alim, yg kaki surau, yg kaki studi, kapten bola sekolah, ajk asrama, exco persatuan ko-ku, yg punya pencapaian tinggi dll (termasuk jali & 3 rakan pengawasnya) pendeknya daripada pelbagai latar belakang telah membotakkan kepala mereka sebagai tanda simpati & memprotes tindakan 'terlampau' cikgu disiplin.

anehnya, mereka tidak dikenakan sebarang tindakan. lagi pula, tindakan tersebut kemudiannya disusuli dengan kempen kutip tandatangan oleh pelajar perempuan, yg menentang 'kezaliman'. tak kurang 300 tandatangan pelajar perempuan berjaya dikutip & diserahkan kepada pengetua.

tak berapa lama selepas itu, cikgu disiplin sekolah kami digantikan dengan cikgu disiplin yg baru!
nampaknya 'pengorbanan' kami dengan membotakkan kepala, tidak sia-sia.

6 refleksi:

rahimin said...

ish, ish, nakalnya engko...

tp cikgu disiplin tu lebih2 tunjuk kuasa!

suriahoney said...

i like 'botak'

skrg ni nakal lg tk? nanti kena rotan

editor kampung said...

ada bnyk cara utk mendisiplinkan bdk sekolah. 'mengaibkan' mrk akan hanya menybbkan mrk memberontak/protes. masalah sebenar tdk akan selesai....

tdevaraj said...

TS..bila lagi kau nak jadi botak semula?
Aku sokongan baby-T jadi botak

tg shaaban said...

min,
biasalah nakal 'budak2'

honey,
botak forever!

editor kg,
betul tu, tak pkai stokin bukanlah keslahan besar. denda boleh tp jgn sampai mengaibkan & beri kesan psikologi

tdevaraj said...
This comment has been removed by the author.