Aku tidak berada di majlis itu

Mar 20, 2010

aku ditunjukkan gambar-gambar yg diambil dalam majlis yg. dihadiri ramai & apatah lagi dirasmikan oleh TPM. majlis berskala besar & berprofil tinggi. berpuluh-puluh gambar pada majlis itu diambil oleh staf yg ditugaskan sebagai jurugambar. anehnya tidak ada satu pun gambar aku. kalau ada pun yg sipi-sipi sahaja. sedangkan petugas lain bukan saja diambil gambar secara 'candid' tetapi diambil gambar dengan gaya yg formal, maksudnya siap bergambar secara berkumpulan. malahan sempat berposing sambil tersenyum lebar!

daripada menguruskan tetamu yg hadir hinggalah kepada perkara remeh tetapi penting seperti ketiadaan bendera pada tiang yg terpacak berhampiran auditorium tempat majlis berlangsung. di saat-saat akhir aku terpaksa ke hulu ke hilir, menelefon ke sana-ke mari untuk mendapatkan bendera, bukan satu, bukan dua tetapi tiga. bila dah dapat, talinya pulak takda, nasib baik aku dibantu oleh pasukan bantuan yg mengarahkan seorang staf mereka yg bertubuh kecil supaya memanjat tiang & memasang tali berserta bendera. aku juga mendapatkan meja tepi utk vvip berserta kain alasnya sekali pada saat-saat akhir kira-kira sejam sebelum tetamu datang. selain itu aku juga kena pastikan 3 watak utama dalam majlis itu berada di situ & diberi taklimat ringkas iaitu pengacara majlis, ustaz pemunajat doa & pembicara buku. dalam masa serentak aku diminta mengiringi pergerakan seorang vvip lagi, sepanjang majlis dari mula hingga datang hingga dia balik, hatta ke tandas sekali pun.

dalam masa yg sama aku juga bertindak sebagai penyambut tetamu yg datang sebab petugas yg diberi tugasan untuk menyambut tetamu kehormat 'kurang mengenali' siapa tetamu dalam senarai yg dikenal pasti. tidak kurang penting aku juga perlu mengaturkan jemputan daripada sebuah stesen tv yg mahukan editor buku yg dilancarkan untul muncul secara 'live' dalam temu ramah yg akan disiarkan pada sebelah malamnya berkaitan dengan buku yg dilancarkan. sudah lah begitu, aku jugak diamanahkan supaya menjadi orang rujukan kepada pengiring TPM & sepasukan pasukan khas keselamatan yg memeriksa segenap ruang lokasi majlis berlangsung. segenap penjuru diperiksa mereka. dari auditorium, bilik menunggu, tempat jamuan, hinggalah tandas yg digunakan, gimik pelancaran, pasu bunga & hadiah yg hendak diberikan.

dalam kesibukan aku itu, aku jugak tak sempat menjamah jamuan. lebih mendukacitakan tidak sempat untuk bergambar. mujur jugak aku bawak kamera kecik, adalah juga untuk koleksi peribadi. kalau tak, aku tidak ada bukti yg aku sebenarnya memang berada di majlis itu!

1 refleksi:

tdevaraj said...

TS..mana gambar-gambar you? Tak sabar nak tengok ni...