sikap cuai boleh bawak padah. brek kereta ada dua. satu letaknya di kaki. satu lagi dipanggil brek tangan. brek kaki digunakan semasa kenderaan bergerak. brek tangan digunakan semasa berhenti atau meletak kereta. kalau meletak kereta terutama di tempat sedikit curam, pastikan brek tangan ditarik hingga habis. bukan separuh. pastikan, bukan 'rasa-rasa' atau 'agak-agak'. ini perkara asas dalam pemanduan.
kalau bersikap cuai ianya boleh mendatangkan akibat buruk. mendatangkan kerosakan harta benda, malah memudaratkan orang. lebih buruk lagi mengancam nyawa diri sendiri atau orang lain.
^^^^^^^^^
selepas makan malam, aku berehat menonton tv. sambil tu, membantu erin menyiapkan kerja sekolahnya. wifey baru saja masuk, selepas menyiram pokok bunga di halaman rumah.
sebaik saja dia masuk, kami sekeluarga dikejutkan dengan bunyi dentuman yg kuat. seakan-akan bunyi pelanggaran, betul-betul di depan rumah aku. kami pun bergegas keluar. ada kemungkinan kereta yg dipandu terlanggar kereta aku yg diletakkan di depan rumah. itu telahanku pada mulanya.
sebaik keluar, aku dapati sebuah kereta sudah melintang depan rumah. berdegup kencang jantungku. tersentak akan kemungkinan berlaku kemalangan, mungkin ada kereta terbabas atau pemandunya cedera. dalam masa sama, aku ternampak, jiran rumahku (perempuan) berlari-lari menuju ke arah rumah kami & kereta itu. "ya allah, apa dah jadi ni..." aku terdengar suaranya cemas.
mujur, kereta tersebut hanya menghentam bahagian tembok pagar depan rumahku. sipi beberapa inci sahaja daripada mengenai kereta wifey & kira-kira 1 kaki dari keretaku. aku & wifey menarik nafas lega. kereta itu pun tidak rosak teruk sangat. cuma bahagian bumper belakangnya terkopak.
jiran perempuan itu berkali-kali memohon maaf & berasa lega kerana keretanya tidak mengenai kereta kami atau kerosakan lain. anehnya, enjin kereta tersebut masih hidup & lampunya menyala dan kereta itu posisinya dalam keadaan mengundur. lalu jiran tersebut menjelaskan kepada kami yg masih terkejut:
"saya nak pergi kerja syif malam. tapi patah balik sebab hp tertinggal. masuk rumah sekejap. bila keluar, tengok kereta dah takde. lepas tu dengar bunyi berdentum. nasib baik takde apa-apa" katanya menjelaskan.
yang nyata, dia bersikap cuai. mungkin kerana tergesa-gesa. oleh sebab sikap cuainya, nyaris mendatangkan kerosakan harta benda orang lain. atau perkara yg lebih buruk lagi. kemungkinan besar dia tidak mengenakan brek tangannya atau tidak ditarik habis. itu yg menyebabkan keretanya mengundur lalu melanggar tembok pagar rumah aku. lagi pulak, keadaan ruang letak kereta rumahnya yg sedikit curam.
0 refleksi:
Post a Comment