Sate lagi

Mar 1, 2010

petang jumaat, cuti maulidul rasul aku ke bangi.
menziarah emak mentua aku yg berkunjung ke rumah abang iparku di bangi. emak mentua aku datang dari kampung untuk urusan perubatannya di KL.
inilah kali kedua aku ke rumah itu. kali pertama aku terpaksa beberapa kali menelefon abang iparku bertanyakan arah & laluan yg betul untuk sampai ke rumahnya. rumah itu baru didiami mereka sejak setahun dulu.

kali ini aku sendiri terkejut, sebab tak perlukan sebarang tunjuk arah daripada sesiapa pun. masih kuat daya ingatanku rupanya. walhal bukanlah mudah untuk ke sana, melalui beberapa
simpang & kawasan perumahan ditambah pula dengan cuaca hujan.

waktu hendak balik, jam sudah pun menunjukkan hampir 6:00 petang. asalnya, kami hendak terus pulang saja. tetapi selepas saja plaza tol bangi, aku mengubah fikiran. menuju ke lebuh raya & terus ke kajang. kata orang, tak lengkap ke kajang kalau tak makan sate. dan memang itulah tujuan aku bawak keluarga ke sana. jangkaan aku tidaklah ramai pelanggan ketika tu, kerana waktu itu masih awal. biasanya pelanggan ramai waktu malam. tapi sampai di sana ternyata jangkaan ku meleset. kedai menjual sate penuh sesak dengan pelanggan, hinggakan hampir tiada tempat untuk duduk. maknanya orang makan sate tak kira masa!

nampaknya sistem pesan dan bayar di sini sudah ditukar, mungkin lebih sistematik & teratur menurut tuan punya pengusaha. buat pesanan sendiri di kaunter & bayar sekali gus. lagipun mengurangkan tenaga kerja untuk mengambil pesanan (waiter). bagi aku, oklah sistem tu. asalkan dapat pesanan yg kita nak & tak perlu menunggu lama. dalam hal makan sate orang yg paling seronok ialah erol. dia memang suka makan sate. tak pada dengan saiz perutnya yg kecil!
kami pulang dari kajang dengan perut kenyang dengan sate...

1 refleksi:

Anonymous said...

dh lama tk mkn sate kajang...terliur dengar cerita tuan punya blog