perkara asas kalau nak buka kedai atau berniaga, kita perlu ada modal. ikutlah kemampuan diri. tak payahlah nak buka kedai besar dengan duit pinjaman bank, sudahnya tak sampai beberapa bulan, dah bungkus. perkara asas yang lain ialah mengenal pasti produk yg nak dijual. ikut kepakaran dan kemahiran kitalah. ada jugak orang yg ikut minat nak jual apa. selain tu penting juga kita tentukan lokasi. kalau boleh yg paling strategik. paling mudah aksesnya. nampak di mata orang yg lalu lalang atau berkunjung. dalam masa sama, pastikan kita di khalayak sasaran yg betul. kalau tepi jalan sesuailah meniaga nasi lemak itupun waktu pagilah. petang orang dah tak beli nasi lemak. kalau jual goreng pisang pun, biasanya orang beli petang hari. kalau jual pepagi buta, tak lakulah jawabnya.
kalau kita buka gerai jual buku di pesta buku misalnya, tempahlah gerai yg mudah dikunjungi. kalau perlu, keluarkan bajet lebih sikit utuk tempah gerai pada lokasi yg strategik. tak mengapalah mahal & berhabis sedikit, kalau pulangannya berbaloi. takkanlah nak tempah gerai murah semata-mata kerana murah. itu bukanlah strategi pemasaran yg betul. janganlah sewa gerai di ceruk, di luar laluan, menghadap laluan belakang semata-mata nak jimat kos, akhirnya rugi yg ditanggung.
sementara itu, kita jugak perlu congak strategi berdepan dengan pesaing. yg jual produk buku kategori yg sama. kalau saingan kita lebih besar & popular, ada baiknya gerai buku kita letaknya jauh sikit dari mereka. bukan takut bersaing, sekadar strategi. buat apa bersaing kalau dah tahu siapa kalah, siapa menang.
**********
tak perlulah aku hurai panjang lebar pasal pemasaran. sebab itu bukan bidang aku. tapi setakat asas pemasaran tu aku tahulah seperti yg aku ringkaskan di atas. malangnya, bahagian pemasaran tempat aku bekerja ni nampaknya membuat strategi pemasaran terbalik atau songsang. semua yg tak sepatutnya dibuat dalam soal berniaga, lokasi, strategi mahupun sasaran pembeli semuanya mereka langgar.
mereka bersikap sambil lewa. malah aku tak pasti sama ada mereka sedar atau tidak, pesaing utama berada selang beberapa gerai sahaja. punyalah banyak ruang, tapi ruang gerai di ceruk paling hujung yg ditempah. jauh dari laluan utama. tak tahulah, mungkin itu strategi pemasaran baru, yg aku tak tahu...
tunggu & lihat saja. mereka lebih arif, lebih mahir & lebih tahu!
4 refleksi:
Kalau pemasaran teruk, takkan bos kau duduk diam aje? Kenalah bimbing, tegur, kritik, marah, tunjuk ajar...
apa fungsi bos kau?
fungsi boss adalah sbg boss...
meniaga apa pun perlu ada perancangan. bukan main bedal je. selain yg ditulis, servis & layanan yg baik jugak beri sumbangan. kalau muka masam, tolak rezekilah namanya...
promosi pun penting. iklan dari mulut ke mulut jugak berkesan. selain teori & praktikaliti jgk perlu...
setuju!
fungsi boss adalah sbg boss...tak payah buat ape2, ha ha
Post a Comment