Riuh aje lebih

Jan 30, 2010

promosi dibuat untuk menarik pengunjung datang.
pelbagai gimik dibuat oleh penganjur melalu pelbagai kaedah hebahan.
untuk menggambarkan hebatnya sesuatu penganjuran lalu digunakan pelbagai kata rangsangan untuk menarik perhatian.
karnival, fiesta, pesta, heboh, gempita, bingit, gempak, serta pelbagai lagi.
tapi kebanyakannya tidak menepati gahnya promosi itu.
semalam anak-anak aku sibuk nak pergi ke suatu karnival yang diadakan berdekatan dengan kawasan parumahan kami. aku agak keberatan, tetapi ikutkan jugaklah kemahuan mereka.
aku tak berapa berkenan pergi ke tempat begitu kerana sesak, serabut, bising dan sukar meletak kenderaan. kengkadang terpaksa berjalan jauh ke tempat atau tapak yang dituju.
jadi nak tak nak pergilah juga ke sana petang semalam.
karnival katanya memang ramai yang datang.
tapi pengisiannya 'hampeh'.
tak ubah seperti mengunjungi pasar malam. barangan yang dijual kualitinya boleh dipertikai.
kebanyakannya diimport dari negara jiran.
tanpa karnival sebegini pun boleh didapati dengan mudah seperti di pasar malam.
harganya pun tidaklah semurah mana walaupun diletakkan pelbagai tanda diskaun sehingga mencecah 80%.
taktik biasa penjual walhal harga sebenar sudah dinaikkan...
karnival itu ibarat indah khabar dari rupa.
kami tak beli apa-apa kerana tiada yang memikat perhatian. selain air kelapa & tebu untuk membasahkan tekak yang kering.

6 refleksi:

Anonymous said...

dah banyak kali terkena dgn promosi yg indah khabar dari rupa...bila pegi, hampeeeh

fazerilnazwan said...

yep, kengkadang pegi karnival, hu haa aje lebih. dah laha payah nak parking, panas, tapi benda yg dijula tak seberapa. buang masa je...

suriahoney said...

kat umah i selalu ada karnival...he he
nk join tk?

tdevaraj said...

TS..tunggu apa lagi..pi lah umah dia..mesti akan peroleh kenangan yang tak dapat dilupakan sehingga jasad ditelan bumi.

suriahoney said...

apa ni wei, karnival makan durian la...(coverline)

tdevaraj said...

TS..jangan lupa bawak kamera bila pi berkarnival dengan Baby-T..:)

betullah kata ku, mesti kenangan tak dapat dilupakan oleh TS..tolong you buka durian, hidang durian (acara suap-menyuap ada tak???)dan bersihkan tempat...karnival durian Baby-T lahhh katakan

makan durian memang seswai pakai Baby-T..tak lah panas sangat..err TS, kau pun elok pakai Baby-T