erin & trisy kawan baik sejak kecik lagi. tak heran sebab mereka dihantar ke nurseri & tadika yg sama. bermain sama, makan bersama & tidur pun bersama. hingga masuk tahun 1 pun mereka masih kawan baik walaupun belajar dalam kelas berbeza. mereka naik bas sekolah sama-sama pergi & balik.
wifey lebih suka erin berambut pendek. sebab rambutnya lebat & tebal. lagipun dia akan ada alahan gatal-gatal pada tengkuknya kalau rambutnya dibiarkan panjang. manakala trisy rambutnya panjang. erin selalu cemburu sebab suka rambut trisy yg panjang. manakala trisy pula agak rimas dengan rambutnya yg panjang tetapi terpaksa ikut cakap emaknya. kalau boleh trisy nak rambut pendek macam erin.
tapi sejak 2-3 hari kebelakangan, erin kelihatan kerap menggaru kepalanya. bila ditanya, katanya takde apa-apa. wifey syak sesuatu, lalu 'menggeledah' rambut erin malam tadi. dia terjumpa sesuatu yg tidak diingini - kutu. ya, kutu!
**********
dua tiga tahun dulu semasa erin masih di tadika & diasuh di nurseri, dia pernah mengalami masalah yg serupa. asyik menggaru-garu kepalanya & puncanya, wifey mendapati ada kutu pada rambut/kepalanya. wifey komplen pada tuan punya & pengasuh di nurseri. siapakah gerangan pembawa kutu tersebut?
selepas siasatan diadakan, ke atas setiap satu kepala kanak-kanak yg dihantar ke nurseri, didapati pembawa kutu terbanyak ialah trisy. jadi, pihak nurseri telah memaklumkan 'dapatan kajian' mereka kepada emak ayah trisy berdasarkan bukti yg ditunjukkan yg diambil daripada kepala anak mereka. mungkin kerana tersinggung atau protes, rambut trisy kemudiannya telah dipotong pendek macam erin.
**********
wifey syak, kutu itu datangnya daripada pembawa yg sama iaitu trisy. bukan menuduh, cuma suspek aje. lagipun daripada maklumat erin, rambut trisy sudah panjang macam dulu. hari ni, wifey nak komplen lagi kepada tuan punya & pengasuh nurseri.
mungkinkah pihak nurseri akan mengambil tindakan serupa seperti sebelum ini?
apa jadi jika trisy didapati sekali lagi sebagai pembawa kutu?
apakah rambut trisy akan dipotong pendek lagi akibat protes emak ayahnya?
tunggu episod seterusnya....!
3 refleksi:
nko ni buat cerita kelakar pun mcm serius je bunyinya...he he
ada org suka main kutu esp yg pompuan kerja.
ada yg jadi kutu jalanan, suka lepak...
nasib baik tak kena botak..ada anak buah aku..bebudak perempuan, kepala dibotakkan kerana ada kutu.
(kalaulah dia tu ada kutu...)
min,
mak bapak protes, anak jadi mangsa...
TD,
botak kepala tu kalau dh thp serius, kutu dh beranak pinak!
Post a Comment