sila dail lagi

Mar 1, 2010

tengah hari sabtu, aku terima panggilan telefon. tapi nombor yg tak aku daftarkan dalam hp. jadi aku biarkan saja tanpa menjawabnya. kalau penting tentu gerangan yg menelefon itu akan buat panggilan berulang kali. lagi pula ketika tu aku sedang memandu untuk ke kedai dobi.

jangkaanku, mengikut 'pengalaman' sebelum ni, ianya panggilan pada waktu begini (hari cuti, waktu tengah hari) daripada bank yg menuntut bayaran ansuran bulanan yg tertunggak. ataupun kad kredit yg belum berbayar. mungkin juga tawaran promosi syarikat kewangan yg menawarkan insentif insurans yg menarik. kemungkinan lain, ejen yg menawarkan percutian famili ke destinasi impian dengan menawarkan pakej potongan harga gila-gila - tetapi dengan syarat kita perlu menjadi 'ahli' terlebih dulu.

mengapakah aku jadi begitu skeptikal?

sebabnya bukan sekali dua, tapi dah kerap sangat terima panggilan seperti itu. bukannya kita tak bayar ansuran bulanan, cuma kadangkala terlewat sikit kerana kesuntukan waktu. bukannya kita terdesak sangat nak jadi ahli semata-mata untuk dapat percutian yg kononnya 'percuma'. kadangkala naik rimas terima panggilan seperti itu. panggilan pula masuk pada waktu yg tidak wajar contohnya ketika kita sedang makan malam atau sedang solat waktu maghrib.

pendeknya, mereka langsung takda perasaan peka pada waktu. jadi, salahkah aku menjadi skeptikal bila mana panggilan daripada nombor yg aku tidak kenali atau pada waktu-waktu yg tidak sepatutnya?

langsung takda sentuhan insani/manusiawi.

+++++++++

tapi hati ku ini lembut. selepas pulang dari kedai dobi, selesai makan tengah hari, ketika duduk berehat-rehat menonton tv, aku mendail semula nombor tersebut. manalah tau kalau-kalau kawan lama yg dapat nombor telefon kita entah daripada siapa atau nak maklumkan yang nombor mereka sudah bertukar (selalunya alasan hp baru atau hp hilang). tapi takde pulak sebarang jawapan. pelik jugak?

4 refleksi:

fazerilnazwan said...

kompeni telekomunikasi pun bersekongkol bagi no. customer mrk

rahimin said...

pakej cuti di 5 stars hotel 4-5 mlm 'percuma' tapai kena jadi ahli dulu,
mcm mana diorang blh contact kita -kompeni telco yg bagi, diorang dpt komisen ape?

tdevaraj said...

1. mungkin bank jual data
2. kengkawan kita bagi nombor telefon untuk dapat habuan. Aku pernah sesaja layan panggilan telefon...salah satu cara dapat habuan ialah bagi senarai nombor telefon lain untuk dihubungi..bukan sekali dua pengalaman ini.

TS..mungkinkah peminat blog yang satu itu telefon? kalau betul, mesti kecik ati dia tu

bangsawan nilai said...

fazeril,
ada kemungkinan

min,
pakej holiday free, tapi jadi 'ahli' kena bayar...kelakar!

TD,
yg tu no. tel dia, aku dh hafal...he he